Saturday, February 27, 2010

Sekadar Pandangan Bagi yang Memandang...

Jika dinilai hidup kita ini adakah kita selalu menilai diri...

Yang selalunya kita nilai hanyalah persepsi masyarakat terhadap kita...

Namun jika masih segar dalam ingatan kita terhadap Firman Allah yang mafhumNya:

“ sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan jika sesuatu kaum itu yang berusaha mengubahkan nasib mereka”

Secara terang dan nyata ayat tersebut menunjukkan bahawa galakan kepada manusia ini untuk berubah dari yang keadaan yang mazmumah kepada yang mahmudah...

Namun timbul persoalan di ruang minda?? Adakah perubahan ini perlu jika kita sebagai manusia ini merasakan bahawa kita hanya akan berubah apabila kita benar-benar mampu untuk berubah dan sewaktu berlakunya perubahan tersebut maka kita tidak akan toleh ke belakang untuk mengulangi perkara silam yang telah kita lakukan??

Adakah pandangan tersebut merupakan pandangan yang terbaik???

Marilah kita menilai semula petikan ayat diatas yang mana ia menjelaskan bahawa usaha untuk berubah ini telah diberi pilihan oleh Allah kepada manusia sama ada hendak berubah ataupun sebaliknya. Selain itu, ayat tersebut juga menjelaskan bahawa kepentingan usaha dalam melakukan perubahan yang murni dalam kehidupan perlu tanpa menanti bilakah saat ataupun tempoh perubahan itu dilakukan..

Hal ini kerana persoalan yang timbul apabila kita berpandangan bahawa perubahan ini hanya perlu dilakukan dalam keadaan kita benar-benar bersedia ialah dimanakah ukuran ataupun parameter kesediaan kita untuk berubah...

Namun jika kita sentiasa berusaha melakukan perubahan walaupun kita menilai dengan perubahan yang kecil...namun ianya tetap usaha...

Dan percayalah wahai saudaraku,, setiap amal yang dilakukan dengan mencari kebaikan disisi Allah nilai gandaannya berlipat ganda...

Sebagai perbandingan yang mudah,, seorang itu tahu hukum mengenai kewajipan meninggalkan perkara maksiat namun beliau berpandangan bahawa beliau hanya akan meninggalkan perbuatan tersebut apabila beliau benar-benar bersedia untuk berubah,,,

Ulasan terhadap contoh di atas ialah apabila kita berpandangan sedemikian tidakkah kita merasa rugi akan kehidupan seharian kita yang semakin hari semakin menuju ke penghujungnya...

Adakah kita hanya akan berubah di saat nyawa kita ingin berpisah dari jasad.. adakah kita hanya menanti melakukan persediaan atau kita sendiri akan membuat persedian melakukan sesuatu perubahan itu walaupun ia dinilai kecil disisi kita..

Namun percayalah setiap perubahan dalam diri kita ini walaupun dengan sekecil usaha ianya dinilai di sisi Allah.. berubahlah sesungguhnya perubahan ini tidak memerlukan kepada persediaan yang tidak diketahui tempohnya tetapi persiapkanlah diri dalam melakukan perubahan sesungguhnya setiap amalan yang ikhlas diberi rahmat oleh Allah kepada hambanya yang mencari perubahan yang murni...

Percayalah sahabatku usah ditunggu tempoh yang mendatang,,Kejarlah masa yang semakin singkat ini,,,Lepaskanlah diri dari belenggu kegelapan,,,Pohonkanlah sinar keceriaan dalam perjalanan hidupmu dalam meniti rintangan,,, Sesungguhnya Allah menilai setiap yang berbisik dalam jiwamu..

Firman Allah yang MafhumNya:
“ kami (Allah) telah berikan kepada manusia itu dua jalan ( jalan kebaikan dan keburukan)”

Ayat tersebut menjelaskan bahawa pilihan manusia untuk memilih jalan kebaikan mahupun keburukan... Gunakanlah minda dengan sewajarnya disamping selaraskan dengan Wahyu Ilahi agar memberi pedoman...terbukanya minda tanda kelapangan di hati,,,kusutnya jiwa tanda gelaplah nurani...

Ya Allah,, sesungguhnya kepada Mu daku memohon dan kepada Mu jualah daku kembali...
Ya Allah kuatkan jiwaku dan sahabat-sahabat untuk kukuh dan teguh memperjuangkan Agamamu...bimbinglah kami,,,lembutkanlah jiwa-jiwa kami menerima Rahmat dan Hidayah dariMu Ya Allah...

Pimpinkanlah jiwa-jiwa kami berubah meninggalkan segala mazmumah dan kuatkanlah diri kami untuk usaha membawa perubahan murni dalam diri, masyarakat dan juga negara yang kami cintai ini...

Dari hamba yang dambakan perubahan,,,

Bersatu atas Akidah yang satu,,,

Pencarian bagi jiwa yang mencari perubahan...

1 comments:

Anonymous said...

salam.terima kasih krn memberi jwpn bg persoalan saya.jwpn saudara lebih kurang dgn jwpn kwn baik sy yg lebih beriman drpd sy.
sbg saudara sesama islam,sy mohon kpd saudara tlg doakn sy spy dpermudahkn ke arah kebaikan dan moga dpt sering mndekatiNYA.
sesungguhNYA,SY SGT mendambakn CINTANYA namun berbagai halangan dan dugaan yg mbuatkn sy berubah2..dan sy sgt takut kpd kematian yg bila2 mase saje akn mnjemput stlh mengalaminya...
YA ALLAH,sgt takut bila mngenangknnya..

Post a Comment