Thursday, April 29, 2010

KEFAHAMAN KEUTAMAAN DALAM BIDANG PEMIKIRAN

1) Keutamaan Ilmu dari ‘amal
Dalil :
Firman Allah SWT Ertinya : “Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) dan KETAHUILAH bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).” ( Muhammad : 19)

Sabda Nabi SAW Ertinya : “Barangsiapa yang Allah SWT inginkan kebaikan bagi seseorang maka Allah akan memahamkan ia dalam bidang agamanya.”

Khalifah Umar bin Abd Aziz berkata Ertinya : Sesiapa yang beramal tanpa ilmu, maka kerosakan lebih banyak dihasilkan daripada kebaikan.

Para Ulama berkata : Menjadi pejuang Rabbani sebagaimana yang terdapat di dalam firman Allah dalam Al-Imran : 79 , adalah mereka yang mengajar manusia dengan mendahulukan ajaran isu-isu furu’ yang mudah sebelum memasuki bab usul yang sukar.

2) Keutamaan Faham dari hafalan.
Dalil
Ertinya : “..oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari & memahami secara mendalam ilmu agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).” ( At-Tawbat : 122)


3) Keutamaan Fahami Maqasid Dari Berpegang Kepada Zahir Nas Semata-mata.
Dalil :
Ertinya : Ya tuhan kami, sesungguhnya engkau tidak jadikan penciptaan ini dengan sia-sia (tanpa tujuan dan hikmah)..( Al-A;raf : 54 )
Berkata Dr Yusoff al-Qaradawi dalam komentarnya terhadap ayat di atas berkata : “ lalu kami mengatakan juga ; Wahai tuhan kami sesungguhnya tidaklah kamu menysyariatkan sesuatu hukum kecuali bersamanya hikmah”

4) Keutamaan Ijtihad Dari Hanya Bertaqlid.
Dalil :
Ertinya : “Dan janganlah kamu berpegang dengan sesuatu perkara yang kamu tidak punyai ilmu (dengan keyakinan ilmu) dengannya” ( al-Isra’ : 36 )

semoga kita dapat memahami keutamaan yang seharusnya kita kuasai agar dapat memberi manfaat untuk ummah..

ISTIQAMAH DALAM AMAL PROSES IKHLAS SETIAP FA'AL..

Sunday, April 11, 2010

PENCARIAN KERISAUAN JIWA DIKALA PEPERIKSAAN

jika dilihat dalam al-Quran surah al baqarah juzuk ke-2 yang dapat kita ambil intipatinya ialah :

“bahawa setiap sesuatu perkara yang buruk menimpa manusia bkn bertujuan ingin merendahkan darjat manusia tp untuk mengukur ketaqwaan dan keimanan manusia”

Jelaslah Allah S.W.T berfirman bahawa :

“ jika kamu menghadapi musibah @ masalah segeralah kembali kepada allah dan rasul”

Ayat tersebut secara zahirnya menunjukkan bahawa segala yang berlaku di dunia ini merupakan suatu ujian dan serta cabaran untuk menunjukkan perbandingan antara golongan yang beriman atau fasiq. Hal ini kerana beza diantara Fasiq dan iman ialah sebagaimana yang dapat dianalogikan golongan beriman apabila ditimpakan oleh Allah terhadap sesuatu musibah mereka akan mencari semula jawapan yang mereka kusutkan dengan mengembalikan diri mereka kepada petunjuk wahyu Allah dan RasulNya dan ini membezakan dengan yang fasiq kerana golongan ini hanya cuba mencari jawapan berdasarkan wahyu namun masih enggan beriman dengan wahyu tersebut..

Berdasarkan renungan ayat tersebut ingin diutarakan sedikit kekeliruan yang timbul yang menggangu pemikiran.. Adakah kita yang bergelar makhluk Allah di dunia ini sememangnya berjaya menghadapi cubaan mahupun rintangan yang disediakan untuk manusia yang bertujuan untuk memanusiakan diri sebagai manusia yang terbaik di sisi Allah ini mampu dipertanggungjawabkan oleh manusia...

Hal ini dilihat apabila manusia diberikan peperiksaan ataupun ujian di dunia terutamanya peperiksaan yang menyebabkan manusia tersebut mendapat kenikmatan di dunia hasil daripada peperiksaan yang dilalui. Maka mereka akan mencuba sedaya-upaya untuk mengejarnya sehingga terlupa peperiksaan yang sebenar di akhirat. Bukankah peperiksaan yang perlu diutamakan ialah peperiksaan yang kekal dan abadi..

Namun yang menjadi kekesalan di sini ialah kefahaman manusia kini tampaknya disistemkan dengan nilai-nilai keduniaan hasilnya menyebabkan tersebarnya generasi materialisma dan indiviualisma dalam organisasi sosial umat Islam.

Walaupun begitu, nilai kontradik yang berlaku ini sememangnya memberi impak positif juga kepada manusia kerana hasil didikan keduniaan ini mampu memberi pengertian bahawa dunia ini penting bagi manusia untuk menilai semula segala nikmat-nikmat ketuhanan yang dilimpahkan kepada manusia untuk mengajak dan mengasah minda manusia agar tidak pernah untuk tidak berfikir tentang nikmat penciptaNya..

Namun apa yang perlu difahami ialah peperiksaan di dunia ini ialah suatu yg tidak pernah kekal keputusannya tetapi yang kita perlu pastikan kejayaan yang sebenarnya ialah peperiksaan yang kekal dan tidak dapat diubah keputusannya iaitu di akhirat kelak..

peperiksaan di akhirat itu suatu penentuan kepada kita yang membezakan antara golongan yang kasihkan Rasul kerana kasihkan Allah ataupun menjadi golongan sebaliknya...

Sungguhpun begitu,, janganlah kita tinggalkan dunia ini semata-mata mengejar akhirat...

Hal ini kerana dunia ini ibarat ladang tanaman yg perlu dijaga dan pelihara dengan baik agar mendapat hasil yg baik di dunia dan akhirat nanti.

Walaupunbegitu, manusia perlu untuk menghadapi peperiksaan di dunia kerana inilah proses untuk mematangkan pemikiran manusia untuk mencari jalan keluar bagi segala kekusutan yang berlaku untuk kembali kepada pimpinan wahyu dan bukanlah tangisan, rayuan serta keluhan. Jika ini terjadi pada diri kita maka nilailah semula apakah niat kita ini sebenarnya bertepatan dengan kehendak wahyu itu sendiri..

Namun yang diperlukan kini bukanlah tangisan tetapi ialah bagaimanakah cara untuk kita membina suatu alternatif ataupun wasilah untuk kita wujud dan semaikan dalam diri dengan melatih diri untuk sentiasa tenang kembali kepada Allah dalam keadaan susah mahupun senang...

Ayuh,,marilah kita melatih diri kita untuk menghadapi peperiksaan ini dengan memperbetulkan niat kita iaitu segala ujian mahupun cabaran ini sememangnya dari Allah dan Allah jualah yang menetapkan keputusan bagi setiap ujian yang kita lalui dengan matlamat segala perbuatan mahupun lisan kita hanyalah untuk mencari keredhaan Allah. Namun janganlah bersedih jika digagalkan oleh Allah kerana Allah adalah sebaik-baik perancang...

Ingatlah kembali lembaran mukjizat iaitu ungkapan Al-Quran yang mafhumnya :

“Apabila kamu berazam(dengan persedian usaha yang penuh kesungguhan) maka bertawakallah kamu kepada Allah S.W.T”

mungkin hari ini kita gagal namun pastikanlah esok kejayaan yang pasti bakal kita miliki...

semoga nukilan ini mampu menyuntik semangat yang ingin disuntik..

semoga Allah memudahkan urusan kita dalam menghadapi peperiksaan di dunia dan akirat..

semoga dilimpahkan kefahaman bagi golongan yang mencari kefahaman..

nilailah jiwa rasailah keluhannya dan ubatilah kegusaran yang melanda...