Monday, March 29, 2010

Pencarian kegusaran iman dalam jiwa manusia kini...

Iman adalah suatu gambaran keyakinan pegangan manusia dalam hal-hal yang berkaitan Aqidah,

Secara mudahnya bagi memahami konsep tersebut ialah wujudnya kepercayaan antromopisme serta wujudnya pentanzihan secara mutlak terhadap hakikat ketuhanan itu sendiri...

Namun penilaiannya kini adakah manusia generasi sekarang yang dikenali dengan pelbagai gelaran yang diberikan oleh pemberi gelaran ini mampu bertahan serta mentanzihkan hak-hak ketuhanan yang dianjurkan dalam al-Quran dan As-Sunnah itu sendiri..

Jika sebahagian daripada kita sedar kebenaran tersebut,, bangunlah dan buktikan bahawa keimanan kita ini melebihi segala-galanya yang menjangkaui kuasa-kuasa dari dunia yang didokong oleh kekuasaan manusia itu sendiri..

Mengapa dinyatakan begitu, jika dilihat kini manusia yang terdiri dari pelbagai institusi sosial ini tidak kiralah sama ada golongan awam mahupun inteletual adakah golongan tersebut mengakui hakikat keimanan ketuhanan yang sebenarnya yang dipupuk nilai-nilai dalam ajaran-ajaran Islam sebagaimana termaktub dalam acuan wahyu...

Jika kita berani nyatakan keimanan kita selama ini sememangnya benar-benar menurut acuan wahyu,,mengapakah masih berlaku ketundukkan terhadap perkara-perkara yang menjadikan nilai-nilai tauhid dan keimanan dicemari dengan kekuasaan kezaliman daripada tangan-tangan manusia itu sendiri..

Apa yang dibimbangi ialah adalah kita ini yang terdiri dari pelbagai institusi sosial ini akan hanyut dibuai kekuasaan dunia disamping mencari-mencari produk-produk untuk ingin lama bertahta sebagai khalifah yang hilang nilai intrinsik keagamaan itu sendiri..

Dimanakah kita dalam mencari kebenaran serta dimanakah kita dalam menolak kebatilan..
Adakah kita tidak ada keyakinan untuk berpegang dengan dalil-dalil Al-Quran..
marilah kita renungkan kembali Firman yang mafhumnya :

“Apabila datangnya seruan kebenaran itu, maka musnahlah kebatilan”

Apakah kita tidak menyakininya,,, jika kita benar-benar yakin bahawa segala urusan mengenai kehidupan makhluk-makhluk di dunia sememangnya diuruskan oleh Allah..
mengapakah kita harus gentar menentang kezaliman serta menolak kebatilan...

Adakah kita hanya menjadi air yang disistemkan saliran untuk dialirkan saluran tersebut..tanpa mampu bagi kita untuk bangun menentang dan menolak kebatilan hanya kerana kita telah disistemkan...

Ah..jika begitulah pandangan kita nilailah semula dimanakah kita sebenarnya.. fikirlah antara hidup yang sementara ataupun hidup selepas kematian yang kekal...

jika segala amalan kita dalam perlakuan,perbuatan dan juga lisan kita ini dirasakan selari dengan kehendak syarak maka bergembiralah kita dengan ganjaran Allah..namun bagaimanakah jika sebaliknya??
suatu pencarian..

Oleh itu, sedarlah dan bangunlah dengan anjakan paradigma yang baru..bersama-sama kita semaikan kembali sinar kegemilangan Islam itu sendiri..

selain itu, nilailah iman kita adakah kepercayaan yang kita fahami kini bertepatan dengan kehendak syarak...dan jauhilah kita daripada gambaran manusia yang digambarkan dalam sabda Rasulullah yang mafhum iaitu manusia diakhir zaman ini Iman mereka diratah oleh Yahudi dan Nasrani kerana kecintaan mereka terhadap dunia dan takutkan mati..

nilailah di mana IMAN kita sebenarnya..

Akhir bicara..

Seronoklah dengan cabaran yang menimpa...

Tanda redha Islam sebagai Agama...

Penilaian terhadap ummah di Akhir Zaman..

Bersatu Atas Aqidah yang Satu...

Semoga Allah melimpahkan Rahmat-Nya bagi golongan yang mendambakannya..

Monday, March 15, 2010

ISLAM PENYELAMAT UMMAH SUATU PENCARIAN

Firman Allah dalam Surah al-Anbiya' ayat 107 menjelaskan bahawa :

MAKSUDNYA: Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Jika dilhat ayat tersebut menjelaskan bahawa pengutusan nabi Muhammad S.A.W merupakan sebagai penyampai risalah kebenaran yang mana membawa mesej untuk semua ummat Islam khususnya masyarakat Mekah dan Madinah pada ketika itu yang yang masih tergapai-gapai mencari panduan hidup yang sebenar.

Mengapa dikatakan begitu, hal ini kerana jika dilihat keadaan masyarakat jahiliah pada ketikaitu adalah masyarakat rosak akhlaknya disamping sistem sosial yang wujud bersifat memonopoli keadaan semasa pada ketika itu, yang mana golongan yang besar pengaruhnya menindas golongan lemah.

Di saat kekacauan yang berlaku pada ketika itu, dbangkitkan rasul sebagai penyampai isalah kebenaran yang hasil dakwahnya selama 22 tahun 2 bulan 22 hari telah berjaya menyusun semula kekeliruan dan kerosakan masyarakat pada ketika itu. Ini bukti sejarah yang masih mekar yang perlu dijadikan sebagai sumber motivasi kepada para Dai’e untuk bersama bangun menyampaikan risalah kebenaran ini iatu Islam di samping membuktikan bahawa Islam sahajalah yang mampu menyelamatkan keadaan yang ummah yang semakin hari menuju ke arah kesesatan..

Mungkin kritikan tersebut kurang menyenangkan,, namun berlapanglah minda untuk berfikiran terbuka. Anggaplah nukilan ini sebagai motivasi untuk kita bersama menyelesaikan masalah ummah yang acapkali memberi impak negatif pembangunan sosial negara. Jika kita lihat hari ini pelbagai maslah sosial timbul seperti pembuangan bayi, rogol, murtad dan sebagainya. Masalah tersebut amat berkait rapat dengan peranan agama sebagai manhaj yang mampu menyelesaikan masalah tersebut.. Adakah kita masih meragui manhaj tersebut...suatu pencarian..

Namun jika kita kembali semula kepada “Konsep Rahmatan Lil ‘Alamin” ini menurut Imam Al-Alusi beliau menyebutkan bahawa konsep tersebut merangkumi Muslim dan juga Non Muslim..

Oleh itu, tafsiran kepada konsep tersebut ialah Rahmat Allah ini sentiasa memayungi sekalian makhluk. Justeru segala permasalahan yang berlaku dalam dunia ini sememangnya mampu diselesaikan oleh Islam kerana prinsip kesyumulan yang terkandung dalam Islam menjadikan segala masalah yang berlaku di atas muka bumi ini dapat diselesaikan dengan kembalinya manusia berhimpun dibawah ketaatan dalam Agama Islam itu sendiri..

Namun dari konsep ini timbul suatu gambaran manusia itu sendiri iaitu apabila ditimpakan musibah ke atas mereka maka kembalilah mereka ke Jalan Allah... Namun apabila musibah itu reda kembali kepada kekufuran.. penilaiannya di sini ialah adakah kita tergolong dalam golongan tersebut... suatu penilaian !!!!

Oleh itu, marilah kita bersama merenungkan gambaran taqwa yang diutarakan oleh Abdullah Bin Mas’ud :

TAQWA ITU TAAT TAPI TIDAK MAKSIAT...
TAQWA ITU INGAT TAPI TIDAK LUPA...
TAQWA ITU SYUKUR TAPI TIDAK KUFUR...

Nilailah di manakah kita sebenarnya... diharap segala perkongsian pandangan ini mampu menjernihkan minda disamping menimbulkan rasa ingin bangkit berjuang mengislah masyarakat disamping proses mengislahkan diri sendiri..

Akhir bicara..

Seronoklah dengan cabaran yang menimpa...

Tanda redha Islam sebagai Agama..
.
Penilaian terhadap ummah di Akhir Zaman..

Bersatu Atas Aqidah yang Satu...

Semoga Allah melimpahkan Rahmat-Nya bagi golongan yang mendambakannya..