Monday, March 15, 2010

ISLAM PENYELAMAT UMMAH SUATU PENCARIAN

Firman Allah dalam Surah al-Anbiya' ayat 107 menjelaskan bahawa :

MAKSUDNYA: Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Jika dilhat ayat tersebut menjelaskan bahawa pengutusan nabi Muhammad S.A.W merupakan sebagai penyampai risalah kebenaran yang mana membawa mesej untuk semua ummat Islam khususnya masyarakat Mekah dan Madinah pada ketika itu yang yang masih tergapai-gapai mencari panduan hidup yang sebenar.

Mengapa dikatakan begitu, hal ini kerana jika dilihat keadaan masyarakat jahiliah pada ketikaitu adalah masyarakat rosak akhlaknya disamping sistem sosial yang wujud bersifat memonopoli keadaan semasa pada ketika itu, yang mana golongan yang besar pengaruhnya menindas golongan lemah.

Di saat kekacauan yang berlaku pada ketika itu, dbangkitkan rasul sebagai penyampai isalah kebenaran yang hasil dakwahnya selama 22 tahun 2 bulan 22 hari telah berjaya menyusun semula kekeliruan dan kerosakan masyarakat pada ketika itu. Ini bukti sejarah yang masih mekar yang perlu dijadikan sebagai sumber motivasi kepada para Dai’e untuk bersama bangun menyampaikan risalah kebenaran ini iatu Islam di samping membuktikan bahawa Islam sahajalah yang mampu menyelamatkan keadaan yang ummah yang semakin hari menuju ke arah kesesatan..

Mungkin kritikan tersebut kurang menyenangkan,, namun berlapanglah minda untuk berfikiran terbuka. Anggaplah nukilan ini sebagai motivasi untuk kita bersama menyelesaikan masalah ummah yang acapkali memberi impak negatif pembangunan sosial negara. Jika kita lihat hari ini pelbagai maslah sosial timbul seperti pembuangan bayi, rogol, murtad dan sebagainya. Masalah tersebut amat berkait rapat dengan peranan agama sebagai manhaj yang mampu menyelesaikan masalah tersebut.. Adakah kita masih meragui manhaj tersebut...suatu pencarian..

Namun jika kita kembali semula kepada “Konsep Rahmatan Lil ‘Alamin” ini menurut Imam Al-Alusi beliau menyebutkan bahawa konsep tersebut merangkumi Muslim dan juga Non Muslim..

Oleh itu, tafsiran kepada konsep tersebut ialah Rahmat Allah ini sentiasa memayungi sekalian makhluk. Justeru segala permasalahan yang berlaku dalam dunia ini sememangnya mampu diselesaikan oleh Islam kerana prinsip kesyumulan yang terkandung dalam Islam menjadikan segala masalah yang berlaku di atas muka bumi ini dapat diselesaikan dengan kembalinya manusia berhimpun dibawah ketaatan dalam Agama Islam itu sendiri..

Namun dari konsep ini timbul suatu gambaran manusia itu sendiri iaitu apabila ditimpakan musibah ke atas mereka maka kembalilah mereka ke Jalan Allah... Namun apabila musibah itu reda kembali kepada kekufuran.. penilaiannya di sini ialah adakah kita tergolong dalam golongan tersebut... suatu penilaian !!!!

Oleh itu, marilah kita bersama merenungkan gambaran taqwa yang diutarakan oleh Abdullah Bin Mas’ud :

TAQWA ITU TAAT TAPI TIDAK MAKSIAT...
TAQWA ITU INGAT TAPI TIDAK LUPA...
TAQWA ITU SYUKUR TAPI TIDAK KUFUR...

Nilailah di manakah kita sebenarnya... diharap segala perkongsian pandangan ini mampu menjernihkan minda disamping menimbulkan rasa ingin bangkit berjuang mengislah masyarakat disamping proses mengislahkan diri sendiri..

Akhir bicara..

Seronoklah dengan cabaran yang menimpa...

Tanda redha Islam sebagai Agama..
.
Penilaian terhadap ummah di Akhir Zaman..

Bersatu Atas Aqidah yang Satu...

Semoga Allah melimpahkan Rahmat-Nya bagi golongan yang mendambakannya..

0 comments:

Post a Comment