Monday, December 28, 2009

Mutiara Hikmah Para Ilmuan Agama

Nasihat Imam Zayn al-din al-Wardi Al-kindi kepada anaknya dalam Lamiyyah Ibn Al-Wardi...

“wahai anakku yg tercinta! Dengarlah nasihat dan kata2 hikmah yg dipetik dari sebaik2 Agama...
“tuntutlah ilmu dan jangan la engkau malas...kerna kebaikan itu sangat jauh daripada orang yg malas...
“khususnya, berikanlah perhatian mu untk mendalami ilmu agama...dan janganlah engkau meninggalknnya kerana sbuk mencari harta dan pengikut..
“tinggalkanlah tido dan hendaklah engkau bangun mencari ilmu...sesiapa yg mengetahui kebesaran dan ketertinggian ilmu, pasti akan merasa ringan mengorbankan apa sahaja yang dimiliki...
“ janganlah engkau katakan bahawa telah pupus orang yang alim @ telah luput masa untuk mencari ilmu..sesungguhnya sesiapa yang berjalan mencari ilmu pasti ia akan mendapatkannya...
“apabila ilmu kita bertambah bererti musuh telah kalah..dan hakikat keindahan ilmu itu apabila ia dapat membimbingmu untuk mengamalknnya...

Namun yang pastinya sejauhmanakah azam kita untuk mendapatkn ilmu adakah semata-mata untuk sekadar lulus dan berjaya dalam peperiksaan @ memanfaatknnya...

Suatu pencarian..

Sunday, December 27, 2009

TAZKIRAH HAKIKAT KETUHANAN...
Wahai pencinta ketuhanan sekalian marilah kita renungi bersama perbualan antara ilmuan islam dengan pemikir atheism mengenai ketuhanan...
Atheis : “percayakah engkau mengenai adanya tuhan...
Ilmuan: “ya..percaya akannya tanpa ada sebarang keraguan mahupun was2 akannya...
Atheis: “apakah engkau pernah menyaksikan tuhanmu jika ya bagaimana bentukNya...
Ilmuan:” tidak pernah...namun kepercayaan aku sekali2 tidak akan ragu kepada tuhanku...
Atheis:”apakah engkau pernah mendengar suaraNya dan jika ya bagaimana???
Ilmuan: “tidak pernah...namun kepercayaan aku sekali2 tidak akan ragu kepada tuhanku...
Atheis:”apakah engkau pernah mencium bauNya ataupun menyentuh baunya..
Ilmuan: tidak pernah...namun kepercayaan aku sekali2 tidak akan ragu kepada tuhanku....
Atheis:” dengan angkuh beliau pon berkata,,,jadi bagaimana engkau begitu yakin mengenai kewujudan tuhanmu...
\
Tanpa menjawab persoalan tersebut ilmuan itu terus bertanya kepada si atheis apakah engkau mempunyai otak...???

Atheis: “ sudah tentu..
Ilmuan: “ pernahkah engkau melihat otakmu...
Atheis: “ sudah tentu la tidak...
Ilmuan: “ apakah engkau pernah mencium baunya @ menyentuhnya...
Atheis: “ tidak pernah...
Ilmuan : “ habis...bagaimanakah engkau yakin untuk mengaku dirimu itu mempunyai otak...

Ulasan ringkasnya,,,,hanya manusia yang tidak berakal sahaja tidak mengenali tuhannya..betapa malangnya manusia ini apabila diciptakan oleh Allah tetapi tidak mengenali hakikat ketuhanannya...amatlah malang manusia itu jika hanya tahu menggunakan anugerah akal ini untuk mencipta sesuatu yang hanya bersifat material tetapi tidak pernah merenungi dan menghayatikan setiap ciptaan yang penuh melata diatas muka bumi ini untuk dijadikan sebagai peringatan dan juga iktibar...Benarlah kata2 para hukama: barangsiapa yang mengenali dirinya pasti dia akan mengenali hakikat tuhannya,,,

Apapun jika kita terleka marilah kita renungkan bersama semoga menjadi peringatan agar kita sentiasa tidak pernah lalai mengingati Allah dan semoga kita bersama-sama menaungi bahtera hidup ini dengan secebis ayat mukjizat kurniaan Allah iaitu janganlah merasa takut dan janganlah kita berduka serta ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama....insyaallah