Sunday, December 27, 2009

TAZKIRAH HAKIKAT KETUHANAN...
Wahai pencinta ketuhanan sekalian marilah kita renungi bersama perbualan antara ilmuan islam dengan pemikir atheism mengenai ketuhanan...
Atheis : “percayakah engkau mengenai adanya tuhan...
Ilmuan: “ya..percaya akannya tanpa ada sebarang keraguan mahupun was2 akannya...
Atheis: “apakah engkau pernah menyaksikan tuhanmu jika ya bagaimana bentukNya...
Ilmuan:” tidak pernah...namun kepercayaan aku sekali2 tidak akan ragu kepada tuhanku...
Atheis:”apakah engkau pernah mendengar suaraNya dan jika ya bagaimana???
Ilmuan: “tidak pernah...namun kepercayaan aku sekali2 tidak akan ragu kepada tuhanku...
Atheis:”apakah engkau pernah mencium bauNya ataupun menyentuh baunya..
Ilmuan: tidak pernah...namun kepercayaan aku sekali2 tidak akan ragu kepada tuhanku....
Atheis:” dengan angkuh beliau pon berkata,,,jadi bagaimana engkau begitu yakin mengenai kewujudan tuhanmu...
\
Tanpa menjawab persoalan tersebut ilmuan itu terus bertanya kepada si atheis apakah engkau mempunyai otak...???

Atheis: “ sudah tentu..
Ilmuan: “ pernahkah engkau melihat otakmu...
Atheis: “ sudah tentu la tidak...
Ilmuan: “ apakah engkau pernah mencium baunya @ menyentuhnya...
Atheis: “ tidak pernah...
Ilmuan : “ habis...bagaimanakah engkau yakin untuk mengaku dirimu itu mempunyai otak...

Ulasan ringkasnya,,,,hanya manusia yang tidak berakal sahaja tidak mengenali tuhannya..betapa malangnya manusia ini apabila diciptakan oleh Allah tetapi tidak mengenali hakikat ketuhanannya...amatlah malang manusia itu jika hanya tahu menggunakan anugerah akal ini untuk mencipta sesuatu yang hanya bersifat material tetapi tidak pernah merenungi dan menghayatikan setiap ciptaan yang penuh melata diatas muka bumi ini untuk dijadikan sebagai peringatan dan juga iktibar...Benarlah kata2 para hukama: barangsiapa yang mengenali dirinya pasti dia akan mengenali hakikat tuhannya,,,

Apapun jika kita terleka marilah kita renungkan bersama semoga menjadi peringatan agar kita sentiasa tidak pernah lalai mengingati Allah dan semoga kita bersama-sama menaungi bahtera hidup ini dengan secebis ayat mukjizat kurniaan Allah iaitu janganlah merasa takut dan janganlah kita berduka serta ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama....insyaallah

3 comments:

wankota89@yahoo.com said...

Salam Ya sheikh..
Alhamdulillah diatas kejayaan anta menyiapkan blog ini..
Tahniah..

Anonymous said...

salam...
teruskan usaha...
moga2 usaha awk mendapat barakah...
chaiyok3x...

Anonymous said...

salam.hola!
fantastic!!i love it..
hope u will come with the new & brilliant ideas nxt time..
dnt give up..we're here behind u n alwyz support u..

Post a Comment