Saturday, February 27, 2010

Sekadar Pandangan Bagi yang Memandang...

Jika dinilai hidup kita ini adakah kita selalu menilai diri...

Yang selalunya kita nilai hanyalah persepsi masyarakat terhadap kita...

Namun jika masih segar dalam ingatan kita terhadap Firman Allah yang mafhumNya:

“ sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan jika sesuatu kaum itu yang berusaha mengubahkan nasib mereka”

Secara terang dan nyata ayat tersebut menunjukkan bahawa galakan kepada manusia ini untuk berubah dari yang keadaan yang mazmumah kepada yang mahmudah...

Namun timbul persoalan di ruang minda?? Adakah perubahan ini perlu jika kita sebagai manusia ini merasakan bahawa kita hanya akan berubah apabila kita benar-benar mampu untuk berubah dan sewaktu berlakunya perubahan tersebut maka kita tidak akan toleh ke belakang untuk mengulangi perkara silam yang telah kita lakukan??

Adakah pandangan tersebut merupakan pandangan yang terbaik???

Marilah kita menilai semula petikan ayat diatas yang mana ia menjelaskan bahawa usaha untuk berubah ini telah diberi pilihan oleh Allah kepada manusia sama ada hendak berubah ataupun sebaliknya. Selain itu, ayat tersebut juga menjelaskan bahawa kepentingan usaha dalam melakukan perubahan yang murni dalam kehidupan perlu tanpa menanti bilakah saat ataupun tempoh perubahan itu dilakukan..

Hal ini kerana persoalan yang timbul apabila kita berpandangan bahawa perubahan ini hanya perlu dilakukan dalam keadaan kita benar-benar bersedia ialah dimanakah ukuran ataupun parameter kesediaan kita untuk berubah...

Namun jika kita sentiasa berusaha melakukan perubahan walaupun kita menilai dengan perubahan yang kecil...namun ianya tetap usaha...

Dan percayalah wahai saudaraku,, setiap amal yang dilakukan dengan mencari kebaikan disisi Allah nilai gandaannya berlipat ganda...

Sebagai perbandingan yang mudah,, seorang itu tahu hukum mengenai kewajipan meninggalkan perkara maksiat namun beliau berpandangan bahawa beliau hanya akan meninggalkan perbuatan tersebut apabila beliau benar-benar bersedia untuk berubah,,,

Ulasan terhadap contoh di atas ialah apabila kita berpandangan sedemikian tidakkah kita merasa rugi akan kehidupan seharian kita yang semakin hari semakin menuju ke penghujungnya...

Adakah kita hanya akan berubah di saat nyawa kita ingin berpisah dari jasad.. adakah kita hanya menanti melakukan persediaan atau kita sendiri akan membuat persedian melakukan sesuatu perubahan itu walaupun ia dinilai kecil disisi kita..

Namun percayalah setiap perubahan dalam diri kita ini walaupun dengan sekecil usaha ianya dinilai di sisi Allah.. berubahlah sesungguhnya perubahan ini tidak memerlukan kepada persediaan yang tidak diketahui tempohnya tetapi persiapkanlah diri dalam melakukan perubahan sesungguhnya setiap amalan yang ikhlas diberi rahmat oleh Allah kepada hambanya yang mencari perubahan yang murni...

Percayalah sahabatku usah ditunggu tempoh yang mendatang,,Kejarlah masa yang semakin singkat ini,,,Lepaskanlah diri dari belenggu kegelapan,,,Pohonkanlah sinar keceriaan dalam perjalanan hidupmu dalam meniti rintangan,,, Sesungguhnya Allah menilai setiap yang berbisik dalam jiwamu..

Firman Allah yang MafhumNya:
“ kami (Allah) telah berikan kepada manusia itu dua jalan ( jalan kebaikan dan keburukan)”

Ayat tersebut menjelaskan bahawa pilihan manusia untuk memilih jalan kebaikan mahupun keburukan... Gunakanlah minda dengan sewajarnya disamping selaraskan dengan Wahyu Ilahi agar memberi pedoman...terbukanya minda tanda kelapangan di hati,,,kusutnya jiwa tanda gelaplah nurani...

Ya Allah,, sesungguhnya kepada Mu daku memohon dan kepada Mu jualah daku kembali...
Ya Allah kuatkan jiwaku dan sahabat-sahabat untuk kukuh dan teguh memperjuangkan Agamamu...bimbinglah kami,,,lembutkanlah jiwa-jiwa kami menerima Rahmat dan Hidayah dariMu Ya Allah...

Pimpinkanlah jiwa-jiwa kami berubah meninggalkan segala mazmumah dan kuatkanlah diri kami untuk usaha membawa perubahan murni dalam diri, masyarakat dan juga negara yang kami cintai ini...

Dari hamba yang dambakan perubahan,,,

Bersatu atas Akidah yang satu,,,

Pencarian bagi jiwa yang mencari perubahan...

Friday, February 19, 2010

DAKU MERABA DALAM TERANG….SUATU PENCARIAN

Janganlah manusia ini menyangka bahawa hidayah Allah itu hanya diberi ketika manusia itu merasakan dirinya terpesong sewaktu merentasi jalan kegelapan sahaja…Hal ini kerana hidayah Allah itu tidak pernah dibatasi oleh masa mahupun ketika ataupun suasana…

Jika direnungi Firman Allah yang Mafhumnya :

“ Hai Muhammad apabila ditanyakan kepada kamu tentangKu (Allah), beritahulah kamu kepada mereka sesungguhnya Aku ini dekat dengan mereka”

Ayat tersebut menerangkan secara jelas bahawa Allah Subhanahu Wa Taala sentiasa hampir dengan hambaNya walaupun manusia itu kadang-kadang leka dan lalai dibuai nikmat dunia yang menjadi ujian yang perlu ditempuhi oleh manusia bagi membezakan SIAPAKAH HAMBA YANG BENAR-BENAR HAMPIR DENGAN TUHANNYA…

Di samping itu juga ayat tersebut membuktikan hidayah Allah ini menyinari seluruh makhlukNya dalam pelbagai keadaan mahupun dalam suasana cerah ataupun suasana gelap…

Mungkin kita tertanya-tanya apakah perlu mencari sinar cahaya dibawah sinaran mentari… Jawapannya perlu kerana sinaran mentari hanya menerangi kawasan yang mengenai sinarannya…

Begitu juga kaitan antara manusia yang sentiasa memerlukan hidayah Allah sebagai panduan hidup agar tidak terputus sinaran cahaya RahmatNya diwaktu gelap mahupun terang…

Mungkin sebahagian dari kita hairan dan terfikir bagaimana manusia ini karam dalam dalam dunia yang fana ini walaupun disedari hakikat penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi bukanlah sebagai hamba kepada nikmat yang ada pada muka bumi ini…

Hal ini berkait rapat dengan manusia yang terkadang diibaratkan seperti layang-layang yang putus talinya..ianya disebabkan walaupun telah diberi hidayah oleh Allah…manusia masih enggan membuang sifat mazmumahnya yang masih mekar wujud dalam diri mereka ketika mereka berada di landasan kebenaran…

Sebagai contoh,,, seseorang hamba itu yakin bahawa dirinya mahir malah arif mengenai sesuatu bidang,,, namun apabila ditimpakan ujian ke atas dirinya berdasarkan kemampuan yang mampu ditanganinya ianya gagal melepasi ujian tersebut…
maka keadaan beginilah menyebabkan manusia itu mungkin dianggap kelam dalam cahaya…

Perlu diingat ialah Allah S.W.T tidak akan menurunkan ujian ke atas hambaNya melainkan dengan dengan kemampuan yang mampu dihadapi oleh hamba tersebut…

Namun jika hamba tersebut gagal melepasi cabaran dan dugaan tersebut maka perlu diambil iktibar ke atas kejadian yang menimpa dirinya… sentiasalah kita mengingati setiap yang baik pastinya diatasi oleh yang lebih baik,,, Namun apabila tiba kebenaran itu terimalah ia seadanya kerana setiap kebatilan pastinya dimusnahkan oleh Kebenaran…

Langit tidak selalunya cerah,,, awan tidak selalunya mendung,,, begitulah gambaran kehidupan manusia yang saban hari berubah-ubah tanpa dapat dijangka mahupun diketahui oleh manusia.. sedarlah bahawa tiada yang Maha Mengetahui melainkan Allah yang Maha Mengetahui dengan ZatNya…

Ikhlaskanlah urusan seharian kita sepanjang diberi nikmat bernafas,,, rendahkanlah diri kita dalam setiap perbuatan,, bersihkanlah jiwa kita dari dihasut tipu daya syaitan… lapangkanlah minda kita dalam menerima pandangan,,,sucikanlah pandangan kita dari pandangan-pandangan bersifat kesyaitanan…hindarkan diri kita dari lembah kebinasaan…

Ya Allah Ampunkanlah Dosa-Dosaku dalam setiap amalan sama ada zahir dan jua batin,,

Ya Allah Bimbingkanlah jiwaku ini dengan RahmatMu yang sentiasa menerangi Alam…

Ya Allah Berikanlah aku kefahaman keilmuan yang benar serta hindarkanlah daku dari fahaman kesesatan…

Sesungguhnya tiada yang lain yang ku dambakan melainkan HIDAYAH DARIMU DIKALA DISINARI CAHAYA MAHUPUN DIWAKTU KEGELAPAN…

Dari Hamba yang Mencari Hakikat Ketuhanan...

Suatu Pencarian Erti Kebenaran…

Salam Maulidur Rasul...

bersama bersatu atas aqidah yang satu...
MAULIDUR RASUL BERITA GEMBIRA BAGI YANG MENCARI KEGEMBIRAAN

SERING KALI KITA DIPERDENGARKAN DENGAN FIRMAN ALLAH YANG MAFHUMNYA :

“ SESUNGGUHNYA ALLAH DAN PARA MALAIKAT-NYA BERSELAWAT KE ATAS NABI. WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN HENDAKLAH KAMU BERSELAWAT DAN SALAM KE ATASNYA”

JIKA DITINJAU SECARA ZAHIRNYA AYAT INI, IANYA MENUNJUKKAN GALAKAN KEPADA BERSELAWAT SERTA SALAM KE ATAS RASUL YANG KITA CINTAI..IAITU MUHAMMAD RASULULLAH DAN JUGA HABIBULLAH YANG MENYINARI MANUSIA SELURUH ALAM DENGAN CAHAYA KERASULANNYA….

SABAN TAHUN KITA MENYAMBUT MAULIDUR RASUL INI DENGAN PELBAGAI PENGISIAN DAN JUGA PELBAGAI CARA BAGI MEMERIAHKAN SAMBUTANNYA.

NAMUN PERSOALAN YANG TIMBUL IALAH SEJAUHMANAKAH PENGHAYATAN KITA SEBAGAI MANUSIA DI MUKA BUMI ALLAH INI MENGIMARAHKAN SAMBUTANNYA…

APA YANG DIBIMBANGI IALAH ADAKAH SETIAP PROGRAM ATAUPUN ATURCARA YANG DILAKUKAN INI MEMBERI IMPAK POSITIF KEPADA MANUSIA UNTUK MENGHAYATI MAQASID YANG SEBENAR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL.

JIKA IANYA MEMBERI IMPAK YANG BAIK,,,BERUNTUNGLAH KERANA HAMBA YANG UTUH IMANNYA AKAN MENGENALI DAN JUGA MENGHAYATI TUJUAN SEBENAR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL…

HAL INI SEKALIGUS MAMPU MENOLAK PANDANGAN GOLONGAN PENENTANG YANG MENENTANG SAMBUTAN MAULIDUR YANG DISANGGAH OLEH MEREKA SEBAGAI BID’AH…

APA YANG DIHARAPKAN PADA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL INI KITA BERSAMA-SAMA MENGHAYATI SERTA MENILAI SEMULA APAKAH KITA INI BENAR-BENAR HAMBA YANG CINTAKAN RASULNYA..

KERANA SESIAPA YANG CINTAKAN RASULNYA ITULAH TANDA KECINTAANNYA PADA PENCIPTANYA…

SEBAGAI ANALOGINYA ADAKAH KITA INI HANYA SEPERTI PELITA YANG APABILA DINYALAKAN BERSINAR TERANG NAMUN APABILA DIPADAM KEMBALI SURAM…ADAKAH INI SEMANGAT SEORANG MUKMIN YANG WUJUD PADA MASA KINI YANG HANYA DUDUK DIAM TANPA BERANI MENENTANG KEBATILAN YANG BERLAKU ??? BERAPA RAMAI SAHABAT-SAHABAT YANG SEBAYA DENGAN KITA YANG MASIH LEKA DALAM DUN IA MEREKA TANPA MENGHAYATI ERTI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL…

JIKA KITA BENAR-BENAR MUKMIN SEJATI AYUH KITA SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL INI DENGAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI KITA MUHAMMAD S.A.W…
DI SAMPING KITA BANGUN SEDARKAN SEMULA FAHAMAN RAKAN-RAKAN KITA YANG MASIH BERAT UNTUK MENYAMBUT SAMBUTAN INI…..

SELAIN ITU,,,JIKA DILIHAT GOLONGAN REMAJA KINI LEBIH BERMINAT MENYAMBUT HARI KEKASIH BERBANDING MENYAMBUT MAULIDUR RASUL…

HAYATILAH DAN NILAILAH SEJAUHMANA CINTA KITA TERHADAP HABIBULLAH….
SUATU PENILAIAN KEPADA PENILAI…

“BERSATU ATAS AKIDAH YANG SATU”

Saturday, February 6, 2010

MANUSIA DAN PENILAIANNYA

Jika dilihat hari ini manusia ibarat lembu yang terputus talinya…
Mengapa dikatakan manusia ini ibarat lembu yang putus talinya ialah kerana setiap amal yang dikerjakan oleh manusia ini kadang-kadang sandarannya meleset dari pimpinan TuhanNya…

Mengapa manusia dikatakan begitu kerana manusia ini sentiasa mencari kesibukkan dunia ini tanpa sedar akan kepentingannya dan hakikat penciptaannya yang tidak lain hanya sebagai ubudiah kepada Allah…

Namun jika dilihat lebih mendalam lagi manusia di akhir zaman ini seolah-olah hilang panduan hidup apabila soal agama itu bukan perkara pertama…

Soal agama juga bukan menjadi pilihan pertama dalam meneyelesaikan masalah manusia… Persoalan ini timbul kerana berlaku apa yang digambarkan dalam hadis nabi berkenaan kehidupan manusia di akhir zaman ini…

Mereka digambarkan seperti golongan sentiasa tunduk kepada kekufuran, iman mereka ini diratah oleh kefasiqan amal mereka yang mana tidak mempunyai nilai di sisi Allah S.W.T.

Manakala Iman manusia itu pula digambarkan lagi seperti buih-buih di lautan yang tidak ternilai banyaknya namun kesan keimanan itu kepada jiwa mereka hanya seperti pelita…….. yang apabila dinyalakan terang bersinar namun apabila terpadamnya pelita kembalilah dalam kegelapan..

Namun persoalannya mengapakah manusia di akhir zaman ini digambarkan sedemikian maka dijawab oleh Rasulullah: umatku di akhir zaman ini dicampakkan dalam jiwa mereka sesuatu penyakit iaitu KECINTAAN TERHADAP DUNIA…

Oleh marilah kita bangun dari tidur yang panjang ini.. kita sahut hakikat manusia digambarkan oleh Rasulullah sebagaimana mafhumnya :

“ setiap anak adam itu melakukan kesalahan, sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat”

Sesungguhnya Rahmat Allah itu yang diharapkan agar sentiasa mendorang manusia berada di landasan yang sepatutnya…

Sentiasalah kita sebagai manusia berdoa kepada Allah agar dihimpunkan hati-hati manusia ini agar sentiasa berada dalam ketaatan dan juga dihimpun ukhuwwah antara manusia ini ialah ukhuwwah persaudaraan Islam atas dasar Aqidah yang Esa..

Suatu Penilaian bagi yang Menilai…