Saturday, February 6, 2010

MANUSIA DAN PENILAIANNYA

Jika dilihat hari ini manusia ibarat lembu yang terputus talinya…
Mengapa dikatakan manusia ini ibarat lembu yang putus talinya ialah kerana setiap amal yang dikerjakan oleh manusia ini kadang-kadang sandarannya meleset dari pimpinan TuhanNya…

Mengapa manusia dikatakan begitu kerana manusia ini sentiasa mencari kesibukkan dunia ini tanpa sedar akan kepentingannya dan hakikat penciptaannya yang tidak lain hanya sebagai ubudiah kepada Allah…

Namun jika dilihat lebih mendalam lagi manusia di akhir zaman ini seolah-olah hilang panduan hidup apabila soal agama itu bukan perkara pertama…

Soal agama juga bukan menjadi pilihan pertama dalam meneyelesaikan masalah manusia… Persoalan ini timbul kerana berlaku apa yang digambarkan dalam hadis nabi berkenaan kehidupan manusia di akhir zaman ini…

Mereka digambarkan seperti golongan sentiasa tunduk kepada kekufuran, iman mereka ini diratah oleh kefasiqan amal mereka yang mana tidak mempunyai nilai di sisi Allah S.W.T.

Manakala Iman manusia itu pula digambarkan lagi seperti buih-buih di lautan yang tidak ternilai banyaknya namun kesan keimanan itu kepada jiwa mereka hanya seperti pelita…….. yang apabila dinyalakan terang bersinar namun apabila terpadamnya pelita kembalilah dalam kegelapan..

Namun persoalannya mengapakah manusia di akhir zaman ini digambarkan sedemikian maka dijawab oleh Rasulullah: umatku di akhir zaman ini dicampakkan dalam jiwa mereka sesuatu penyakit iaitu KECINTAAN TERHADAP DUNIA…

Oleh marilah kita bangun dari tidur yang panjang ini.. kita sahut hakikat manusia digambarkan oleh Rasulullah sebagaimana mafhumnya :

“ setiap anak adam itu melakukan kesalahan, sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat”

Sesungguhnya Rahmat Allah itu yang diharapkan agar sentiasa mendorang manusia berada di landasan yang sepatutnya…

Sentiasalah kita sebagai manusia berdoa kepada Allah agar dihimpunkan hati-hati manusia ini agar sentiasa berada dalam ketaatan dan juga dihimpun ukhuwwah antara manusia ini ialah ukhuwwah persaudaraan Islam atas dasar Aqidah yang Esa..

Suatu Penilaian bagi yang Menilai…

0 comments:

Post a Comment