Friday, February 19, 2010

DAKU MERABA DALAM TERANG….SUATU PENCARIAN

Janganlah manusia ini menyangka bahawa hidayah Allah itu hanya diberi ketika manusia itu merasakan dirinya terpesong sewaktu merentasi jalan kegelapan sahaja…Hal ini kerana hidayah Allah itu tidak pernah dibatasi oleh masa mahupun ketika ataupun suasana…

Jika direnungi Firman Allah yang Mafhumnya :

“ Hai Muhammad apabila ditanyakan kepada kamu tentangKu (Allah), beritahulah kamu kepada mereka sesungguhnya Aku ini dekat dengan mereka”

Ayat tersebut menerangkan secara jelas bahawa Allah Subhanahu Wa Taala sentiasa hampir dengan hambaNya walaupun manusia itu kadang-kadang leka dan lalai dibuai nikmat dunia yang menjadi ujian yang perlu ditempuhi oleh manusia bagi membezakan SIAPAKAH HAMBA YANG BENAR-BENAR HAMPIR DENGAN TUHANNYA…

Di samping itu juga ayat tersebut membuktikan hidayah Allah ini menyinari seluruh makhlukNya dalam pelbagai keadaan mahupun dalam suasana cerah ataupun suasana gelap…

Mungkin kita tertanya-tanya apakah perlu mencari sinar cahaya dibawah sinaran mentari… Jawapannya perlu kerana sinaran mentari hanya menerangi kawasan yang mengenai sinarannya…

Begitu juga kaitan antara manusia yang sentiasa memerlukan hidayah Allah sebagai panduan hidup agar tidak terputus sinaran cahaya RahmatNya diwaktu gelap mahupun terang…

Mungkin sebahagian dari kita hairan dan terfikir bagaimana manusia ini karam dalam dalam dunia yang fana ini walaupun disedari hakikat penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi bukanlah sebagai hamba kepada nikmat yang ada pada muka bumi ini…

Hal ini berkait rapat dengan manusia yang terkadang diibaratkan seperti layang-layang yang putus talinya..ianya disebabkan walaupun telah diberi hidayah oleh Allah…manusia masih enggan membuang sifat mazmumahnya yang masih mekar wujud dalam diri mereka ketika mereka berada di landasan kebenaran…

Sebagai contoh,,, seseorang hamba itu yakin bahawa dirinya mahir malah arif mengenai sesuatu bidang,,, namun apabila ditimpakan ujian ke atas dirinya berdasarkan kemampuan yang mampu ditanganinya ianya gagal melepasi ujian tersebut…
maka keadaan beginilah menyebabkan manusia itu mungkin dianggap kelam dalam cahaya…

Perlu diingat ialah Allah S.W.T tidak akan menurunkan ujian ke atas hambaNya melainkan dengan dengan kemampuan yang mampu dihadapi oleh hamba tersebut…

Namun jika hamba tersebut gagal melepasi cabaran dan dugaan tersebut maka perlu diambil iktibar ke atas kejadian yang menimpa dirinya… sentiasalah kita mengingati setiap yang baik pastinya diatasi oleh yang lebih baik,,, Namun apabila tiba kebenaran itu terimalah ia seadanya kerana setiap kebatilan pastinya dimusnahkan oleh Kebenaran…

Langit tidak selalunya cerah,,, awan tidak selalunya mendung,,, begitulah gambaran kehidupan manusia yang saban hari berubah-ubah tanpa dapat dijangka mahupun diketahui oleh manusia.. sedarlah bahawa tiada yang Maha Mengetahui melainkan Allah yang Maha Mengetahui dengan ZatNya…

Ikhlaskanlah urusan seharian kita sepanjang diberi nikmat bernafas,,, rendahkanlah diri kita dalam setiap perbuatan,, bersihkanlah jiwa kita dari dihasut tipu daya syaitan… lapangkanlah minda kita dalam menerima pandangan,,,sucikanlah pandangan kita dari pandangan-pandangan bersifat kesyaitanan…hindarkan diri kita dari lembah kebinasaan…

Ya Allah Ampunkanlah Dosa-Dosaku dalam setiap amalan sama ada zahir dan jua batin,,

Ya Allah Bimbingkanlah jiwaku ini dengan RahmatMu yang sentiasa menerangi Alam…

Ya Allah Berikanlah aku kefahaman keilmuan yang benar serta hindarkanlah daku dari fahaman kesesatan…

Sesungguhnya tiada yang lain yang ku dambakan melainkan HIDAYAH DARIMU DIKALA DISINARI CAHAYA MAHUPUN DIWAKTU KEGELAPAN…

Dari Hamba yang Mencari Hakikat Ketuhanan...

Suatu Pencarian Erti Kebenaran…

Salam Maulidur Rasul...

bersama bersatu atas aqidah yang satu...

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum.salam maulidur rasul.post yg terbaru ni sgt menarik dan menyentuh kalbu insan yg membaca ini..
tiada apa yg perlu dinafikan..segalanya telah berlaku dan kata2 saudara ada kebenaran..
hati ini seringkali mendambakan perubahan yg lebih baik,namun bukan mudah untuk melaksanakannya.bagi saya,ia perlu dilakukan apabila kita benar2 bersedia dan setelah melakukannya,jgn sesekali berpaling kepada diri kita yg dulu..tapi..
orang di sekeliling sering mengatakan:
"sampai bila mahu tunggu?mati bila2 aja."
"jangan pandai cakap,buatnya tidak"
memang perit bila telinga sering mendengar semua itu dan macam2 lagi..hati ini sering merintih kpdNya..tiada siapa yg mengetahui.mereka hanya bisa berkata2.
jadi,sy mahu minta pandangan saudara jika boleh?

tammaneh said...

insyaallah sy cuba memberi pandangan,,

Post a Comment