Tuesday, May 4, 2010

MANUSIA DAN DUNIA ADAKAH ALPA ATAU TAQWA....

Hari demi hari masa berlalu dan pergi tanpa henti..manakala masa beredar seperti biasa seolah-olah tiada sekatan untuk menghalangnya untuk terus beredar..
namun peredaran masa ini hanya akan terhenti dikala tibanya saat kehancuran bumi ini yang semakin hari semakin tua dan akhir hancur musnah dimamah Qudrat Allah yang berkehendak diatas kehancurannya,,

Jika kita hayati fenomena yang berlaku kini,, ingatkah lagi kita tentang keadaan manusia pada masa kini yang sentiasa menyibukkan diri untuk mengejar status kemuliaan di dunia lebih berbanding di akhirat,,

Apakah ini tidak cukup untuk menjadi petanda untuk kita mereneungi dan menghayati semula apakah dengan mengejar status sementara di dunia ini mampu memenuhi fitrah manusia yang diciptakan hanyalah untuk beribadah kepada Allah dengan sebenar-benar taa’bud..

Masihkah kita ingat firman Allah yang mafhumnya :

“Hari (Akhirat adalah hari) yang tidak bermanfaat lagi harta mahu pun anak pinak. Kecuali seseorang yang datang kepada Allah dengan membawa hati yang sejahtera”

Berdasarkan ayat tersebut membuktikan bahawa harta kekayaan dan juga zuriat ini tidak akan memberi kesan yang positif kepada manusia jika manusia enggan membersihkan hati dalam menerima dan menguruskan harta dan anak-anak sebagai amanah yang menjadi ibadah dalam jika melaksanakannya dengan hati yang sejahtera..

Hal ini bermaksud jika manusia mengunakan harta dan juga zuriat yang diberikan ke jalan yang sewajarnya maka Allah akan memudahkan urusannya di akhirat kelak..
Namun realitinya kini, kegusaran hati manusia yang cenderung melakukan maksiat seringkali menimbulkan kekacauan dalam institusi dunia hari ini.. Dengan itu, dapat dilihat pelbagai jenis dan jua ragam manusia yang bernafsukan sifat amarahnya menyebabkan keadaan manusia di dorong serta dikuasai oleh Iblis laknatullah yang bertujuan untuk menyesatkan manusia..

Oleh itu, Hati yang sejahtera di dunia, akan menguruskan harta sebagai amanah Allah, lantas segala tuntutan dan tanggungjawab infaq ditunaikan. Hati yang sejahtera di dunia juga, akan menguruskan anak-anak sehingga terdidik dan membesar sebagai manusia soleh dan bertaqwa, memiliki hati-hati yang juga sejahtera kepada Allah.

Maka hati yang sejahtera di akhirat, adalah indikasi kepada nilai amalan seseorang. Hiduplah di dunia ini dengan hati yang sejahtera, dan temuilah Allah di alam mendatang juga dengan hati yang sejahtera, kerana di situlah letaknya kebahagian dan keselamatan yang kekal abadi.

Firman Allah yang maksudnya :

Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah. (Luqman :33)

Oleh itu, marilah kita bersama merenungkan gambaran taqwa yang diutarakan oleh Abdullah Bin Mas’ud :

TAQWA ITU TAAT TAPI TIDAK MAKSIAT...
TAQWA ITU INGAT TAPI TIDAK LUPA...
TAQWA ITU SYUKUR TAPI TIDAK KUFUR...

Nilailah di manakah kita sebenarnya... diharap segala perkongsian pandangan ini mampu menjernihkan minda disamping menimbulkan rasa ingin bangkit berjuang mengislah masyarakat disamping proses mengislahkan diri sendiri..

Akhir bicara..
Seronoklah dengan cabaran yang menimpa...
Tanda redha Islam sebagai Agama...
Penilaian terhadap ummah di Akhir Zaman..
Bersatu Atas Aqidah yang Satu...
Semoga Allah melimpahkan Rahmat-Nya bagi golongan yang mendambakannya..
ISTIQAMAH DALAM SETIAP AMAL PROSES IKHLAS DALAM FA'AL

0 comments:

Post a Comment