Thursday, January 21, 2010

MANUSIA YANG ALPA SUATU PENCARIAN ...

Jika kita bersama merenung ayat suci Al-Quran surah Al-Imran ayat 185 yang bermaksud :

“ tiap-tiap jiwa ini pasti merasai mati, Dan sesungguhnya pada hari Qiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari Api Neraka dan dimasukkan ke Syurga, maka sesungguhnya beruntunglah ia. Sesungguhnya kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan”

Jika kita melihat tafsiran ini secara jelasnya mendorong manusia menginsafi bahawa manusia itu pasti merasai kematian.. Gesaan yang ditegaskan oleh Allah dalam ayat ini ialah mengajak manusia untuk merenungi kematian itu sebagai memberi tanbih (peringatan) agar manusia ini tidak leka mahupun alpa dalam mengejar status keduniaan seperti yang disebut dalam Al-Quran iaitu hanyalah seperti (mata’un al-ghurur) kesenangan yang memperdayakan manusia..

Namun dalam ayat tersebut juga menggambarkan sesiapa yang dijauhkan dari Api Neraka ini akan dimasukkan di dalam syurga yang pastinya menjadi nikmat yang abadi kepada manusia dengan syarat sentiasa mencintai serta mensyukuri segala nikmat Allah tidak kira sama ada perkara yang diberikan itu dinilai sebagai musibah pada pandangan manusia... namun yang pastinya setiap perkara yang dikurniakan Allah tidak kira baik ataupun buruk pastinya mempunyai hikmat dan nikmat disebalik segala yang berlaku...

Secara jelasnya ayat tersebut mendidik manusia ini agar sentiasa beringat mengenai kematian dan juga mendorong manusia untuk beramal dalam erti bersyukur dalam pelbagai aspek kehidupan manusia... ataupun dengan kata yang lain mengajak manusia menginsafi nilai dunia ini jika dibandingkan dengan Akhirat yang sememangnya pasti dan kekal menanti kedatangan manusia untuk menempuhi hidup yang selepas mati..

Namun yang menjadi persoalan kini,, adakah kita tergolong dalam golongan yang dijauhkan daripada Azab Allah S.W.T ataupun kita ini menjadi tawanan dan hamba seksaan dalam neraka... muhasabahlah jiwa berta’aqul bersama mengenang citra kehidupan dunia ini yang pasti tidak akan kekal dan sememangnya akan fana dengan qudrat Allah yang Maha Agung...

Tentukanlah pilihan kita sekarang sama ada mengejar Dunia mahupun Akhirat... namun yang pastinya seimbangkan antara kedua-dua barulah digelar sebagai ummah yang sentiasa bersederhana insyaallah..

Renungankanlah bersama renungan syair silam agar menjadi cebisan pedoman bagi golongan yang mengambil iktibar...insyaallah

“Mereka bersenang lenang dengan angan-angan khayalan,
“Sedangkan segala pemberian adalah ujian ,
“Mereka mendakwa telah mengharungi lautan dugaan,
“Namun sesungguhnya mereka belum pun bertemu ujian,

suatu penilaian...

Saturday, January 16, 2010

KELUHAN JIWA SEORANG PEMIMPIN..

Krisis yang melanda seorang pemimpin ini selalu berkait rapat dengan hati..

Tahukah kita bahawa hati ini boleh berkata-kata dan juga mempunyai bahasanya yang tersendiri..

Hati ini hanya boleh difahami pemiliknya dan juga Pencipta-Nya... sudah pasti pemimpin kesayangan Allah ini pasti melaksanakan tugas urusan Allah kerana ingin menghambakan diri kepada Allah bukanlah sebagai penambat hati para insani,,,
Namun pastinya kini,,,dugaan pasti datang bagi membezakan antara yang hak dan jua batil,,,

Namun disebalik perjuangan kepimpinan ini pasti manusia ini leka terhadap IBLIS LAKNATULLAH ini yang sentiasa mencurah pelbagai idea untuk mengugat ketaqwaan manusia yang ingin hampir kepada Pencipta-Nya..

Pastinya dugaan bagi manusia itu ialah menyembuhkan penyakit yang mekar dalam jiwanya untuk kufur kepada ALLAH S.W.T,,,

Apa yang dibimbangi ialah iblis sentiasa memastikan seorang pimpinan itu hanya akan hebat secara zahirnya,,,namun memiliki hati yang berpenyakit...

Antara penyakit HATI seorang pimpinan ialah :

DIA suka diberi perhatian selalu, dilayan dan mencari-cari jalan supaya dia dipuji,,namun lebih teruk dari itu dia juga membenci pimpinan yang lain mendapat pujian lebih tinggi darinya...

DIA suka mempamerkan karismanya, kesibukannya dan keberaniannya dalam melakukan sesuatu kerja sambil dipandang oleh pengikutnya, sedangkan hakikatnya dia hanyalah pemalas dan penakut..

DIA mudah menghukum dan menuduh pengikutnya tanpa usul periksa hasil dorongan sifat ego yang menjadi tuan kepada jiwanya,,,

DIA suka menegur dan memberi semangat kepada orang lain namun haakikatnya dia sukar untuk menerima nasihat dan suka pula memperlekehkan teguran orang terhadapnya..

DIA suka menyembunyikan kesalahannya dan sukar mengaku salah,,,kerana dia bijak berbicara namun yang pasti dimiliki kemenangan berbicara walau pada mempertahankan kebatilan..

Dia suka dan cuba membuat perubahan demi menaikkan imejnya dan cuba memperkecilkan jasa dan perubahan yang dilakukan oleh pimpinan yang sebelumnya dan pastinya dia juga suka merendah-rendahkan kemampuan pelapisnya....

Namun yang diharapkan disini ialah semoga Allah meluruskan hati kita sebagai pemimpin yang dipimpin untuk memimpin...

Semoga segala penyakit yang disebut menjadi ukuran kemampuan pimpinan itu sewaktu memimpin golongan yang berada dibawah kepimpinannya..

Namun suatu pengharapan yang amat tinggi pastinya ialah kita beranikan diri kita untuk tampil menegur pimpinan yang memimpin kita agar membawa kita semua kearah destinasi kepimpinan yang diredhai oleh Allah berlandaskan Al-Quran dan jua As-Sunnah...

Nukilan ini hasil daripada penilaian keluhan jiwa yang berbolak-balik..

Ya muQallibal Qulub...Thabit Qulubana ‘ala Dinika Wa ‘A la To’atik...

Ameen....


Friday, January 8, 2010

RENUNGAN TENTANG MASA

Masa yang berlalu semestinya pergi meninggalkan kita tanpa disedari,,namun yang mungkin diharapkan ialah masa yang berlalu itu dapat memberikan pengajaran dan juga suatu peringatan...namun pastinya persoalan yang timbul adakah manusia ini sentiasa bersedia menghadapi masa yang sentiasa berlalu dengan penuh persediaan dan juga bekalan yang sewajarnya kerana jika kita renungi surah al- hasyr ayat 18 yang maksudnya...

Wahai orang-orang yang beriman! Takutlah kamu kepada Allah..dan takutlah perhitungan untuk menyahut kedatangan hari esoknya...

Adakah kita ini mampu menghadapi kehidupan seharian kita tanpa menghayati konsep masa ini dengan sebaiknya..namun untuk mengenali apakah jenis masa yang ada,, marilah kita sama-sama merujuk semula hasil nukilan yang berharga seorang pengamal sufi iaitu Al-Imam Al-Ghazali r.a di dalam tulisannya yang menyebut mengenai masa ini terbahagi kepada tiga bahagian :

a. Masa yang berlalu, beliau menasihati manusia agar jangan mengkeji atau mencaci masa yang berlalu biarpun dalam masa itu seseorang itu berada di dalam kesusahan ataupun kesenangan..namun sebaiknya mendoakan agar sepanjang masa yang berlalu itu agar kita diampunkn segala kemaksiatan yang dilakukan...

b. Masa yang akan datang, beliau menyatakan bahawa tidak ada seorang hambapun mengetahui bahawa dia akan terus hidup ataupun sudah tiada keesokan harinya??dan tiada seorang hamba pun akan mengetahui Qada Allah pada ketika itu...oleh itu sahabatku beringatlah selalu dengan segala amal yang dilakukan adakah kita beramal perkara kebaikan atau sebaliknya...jika sebaliknya banyakkanlah muhasabah diri...hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan...

c. Masa sekarang, beliau menyatakan bahawa seseorang itu perlu berusaha untuk mengingati allah sepanjang masa kerana masa yang berikutnya tidak kunjung tiba maka tidaklah seseorang itu merasa kecewa.. sebuah hadis yang dicerita oleh Abu Zhar yang bermaksud...

Tidak mudah bagi seseorang mukmin melainkan tiga perkara. Berbekal untuk akhirat. Atau lengkap peralatan rumah sebelum bersara. Atau bersedap-sedap dengan makanan yang tidak haram..

Namun pernahkah kita berfikir walaupun sejenak mengenai masa ini,,,yang pastinya hari demi hari kita tempuhi tanpa merasa sedikit keinsafan dalam meneroka alam yang semakin hari seperti usia kita yang semakin tua... sedarlah dimana kita lapangkan masa kita sewaktu berlalunya waktu hari demi hari,,,namun yang pastinya manusia hanya sentiasa terkenang peristiwa suka dan duka tetapi alpa akan hikmah disebaliknya...
Oleh itu,,,marilah kita sama bertafakur sejenak bagi memuhasabahkan diri ini yang sentiasa memerlukan peringatan...

Semoga kita sama-sama menjadi golongan yang beriman sebagaimana yang digambarkan dalam Al-quran junjungan kita sepanjang zaman,,iaitu insan yang beriman ini apabila disebutkan nama TuhanNya gementarlah jiwa mereka...dan apabila dibacakan ayat-ayatNya pula bertambahlah keimanan mereka... semoga kita sentiasa diberkati Allah dan di rahmatNYa kelak..Amin

Friday, January 1, 2010

RENUNGAN BAGI YANG BERAKAL...

NABI MUHAMMAD S.A.W telah bersabda yang mafhumnya...
Sewajarnya setiap yang berAqal, selagi aqal fikirannya tidak hilang, bahawa dia membahagikan masanya kepada empat bahagian :

A. Waktu untuk dia bermunajat (berzikir ) kepada Tuhannya

B. Waktu untuk dia bermuhasabah tentang dirinya

C. Waktu untuk dia berfikir berhubung dengan segala ciptaan Allah

D. Waktu untuk dia menumpukan kepada keperluannya seperti mencari makanan dan minuman

Sebagaimana yang dianjurkan oleh hadis tersebut sejauhmanakah kita beramal dengannya adakah hidup kita ini penuh dengan sandiwara ataupun gelak ketawa atau langsung tidak pernah terfikir tentang segala kejadian yang berlaku ini kerana menganggapnya tidak berkait dengan urusan kita...namun jika begitu marilah kita bersama-sama mengikuti dan kembali mengamalkan konsep tafakur yang disaran oleh rasullulah ini agar hidup kita sentiasa bermakna dan dipenuhi ketenangan jiwa andai jika berakhirnya ajal kita di esok hari mahupun sebentar lagi,,,kita punya rasa untuk bertaubat semoga ianya bermanfaat dan diharapkan kita sama-sama dilimpahi maqfirah oleh Allah Azza wajalla...

Ameen...semoga kiasan naluri ini dapat meringankan minda kita untuk selalu mengingati Allah...

Sesungguhnya dengan mengingati Allah memberi ketenangan jiwa...

Insyaallah..
KELUHAN HATI YANG BERDEGUP...

terkadang hati ini selalu gelisah bagaimanakah keadaan kita sewaktu merasai nikmat kematian...

namun jika kita hanya gelisah tanpa kita berfikir apakah yang pernah kita lakukan untuk mengislahkan diri...

sudah cukupkah untuk kita merasai kematian itu dengan perasaan tenang,,,
namun jika kita hanya berfikir tentang diri kita sahaja ternyatalah persepsi kita hanya menjadi insan yang hanya mementingkan diri sendiri sahaja,,,,adakah itu yang kita kejarkan selama kita bernafas di muka bumi Allah ini...

Hal demikian kerana jika dilihat sebenarnya dalam konteks berdakwah ini...ia memerlukan kita bersama2 menyeru kebaikan itu bukan hanya secara ifradi malah perlu ke atas kita ini berdakwah secara jama'i,,, selain itu perlulah kita juga menjaga larangan telah sekian lama disyariatkan kepada kita agar kita tidak menjadi seperti yang digambarkan dalam Al-quran...kamu hanya setia mengarah dan menyeru kepada kebaikan namun kamu jualah yang melanggar aturan yang telah ditetapkan dalam Al-Quran...mungkin kiasan nukilan ini menjadi batu pengukur kepada sejauhmana keadaan diri kita sekarang...

Namun timbul persoalan di dalam minda ini??? adakah itu cukup bagi kita merasai kematian dengan keaadaan tenang....jika kita mengatakan ianya sudah cukup...marilah kita melihat semula apakah yang digambarkan dengan konsep ikhlas itu,,,
Ikhlas itu berlaku tanpa ada sebarang perasaan yang menimbulkan rasa riak,,ujub,,takbur,,dan segala perasaan mazmumah...kerana ikhlas ini sesuatu yang menjadi ukuran kepada taqwanya manusia kepada penciptanya,,,

sememangnya amat sukar bagi kita untuk menilai sesuatu perkara yang dilakukan itu untuk djadikan batu loncatan bagi mndapat ganjaran dan keredoan Allah..

namun yang pastinya setiap amal yg dilakukn secara ikhlas insyallah bahawa sesgghnya kita telah menepati matlamat kejadian manusia itu adalah sebagai hamba diatas muka bumi tiadalah yg lain selain beribadat serta menegak akidah,,,syariah...dan akhlak...bekerjalah bersama ummah lillah fillah...

insyallah semoga nukilan ini mnjadi bersama kita jadikan sebagai iktibar bersama...