Friday, August 27, 2010

PUASA DAN HAKIKATNYA...SUATU PENILAIAN

Puasa dan hakikatnya..

Pelbagai definisi puasa yang selalu diutarakan oleh para Daie mahupun dalam pelbagai tulisan dalam kitab-kitab fiqh…namun persoalannya ialah sejauhmana manusia ini mampu menghayati seterusnya dapat mengaplikasi prinsip-prinsip puasa dalam pengamalan kehidupan seharian…

Puasa ini sebenarnya bukanlah proses menahan diri daripada lapar dan dahaga namun jika kita dapat ,menilai falsafahnya ialah apabila kita ini dapat menghilangkan keinginan diri kerana menurut KEINGINAN-NYA,,, dan mengikut KEHENDAK-NYA serta menghilangkan kehendak sendiri atas nama keTAATan dan jua keTAQWAan…

Antara kemuliaan dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ini ialah kita dapat melihat betapa agungnya puasa. Puasa bukan suatu ibadat yang amal perlakuannya untuk manusia tetapi ianya adalah ibadat yang amal untuk Allah S.W.T dan Allah S.w.t yang akan memberikan ganjaran kepada hambanya. Sebagaimana yang oleh sahih Bukhari menerusi hadis Qudsi, dalam kitab Siyam fi Bab Al-Fadl Siyam…

“ setiap amalan anak-anak adam adalah untuknya melainkan PUASA, sesungguhnya ianya untukKU (ALLAH) dan Akulah yang akan memberi ganjarannya…

Oleh itu, dapatlah kita melihat bahawa Puasa ialah suatu perlakuan yang amalnya bukanlah dinilai secara zahir sahaja namun puasa juga dinilai dari batinnya… penilaian terhadap batin ini ialah sejauhmana ketundukkan nafsu yang mampu kita tundukkan dalam bulan ramadhan ini… hipotesis yang mampu dikatakan ialah apabila berlakunya ketundukkan batin,,,maka yang terzahir ialah ialah ketundukkan secara zahir…

Selain itu, antara kelebihan puasa ialah puasa ini dapat diibaratkan seperti perisai yang ampuh serta kukuh sekiranya ianya benar-benar dihayati dalam masyarakat Islam… sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Kitab Siyam fi Fadl Siyam…

“ Puasa itu perisai, janganlah bercakap bohong dan janganlah melakukan amalan orang-orang jahil”
“ Puasa itu perisai daripada api neraka, sebagaimana perisai yang digunakan untuk melindungi seseorang daripada musuhnya…”
(An-Nasa’ie Kitab Siyam fi Fadl Siyam)

Oleh itu, dalam bulan puasa ini seharusnya kita dapat membina sebuah perisai yang ampuh serta kukuh dalam menghadapi ujian Allah serta semoga kita dapat mengaplikasikan ramadhan kali ini ialah suatu proses tarbiyah yang bermakna dalam kehidupan seharian…

Tidak semua yang dihitungkan dapat diperhitung, dan Tidak semua yang diperhitungkan dapat dihitung..

TAQWA ITU TAAT TAPI TIDAK MAKSIAT…
TAQWA ITU SYUKUR TAPI TIDAK KUFUR…
TAQWA ITU INGAT TAPI TIDAK LUPA...

Monday, August 9, 2010

manusia dan asalnya...suatu penilaian

siapakah kita???


Terjemahannya:
“ Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (dengan berbuat derhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang telah menciptakan kamu dan menyempurnakan kejadian kamu dan menjadikan (susunan tubuh) kamu seimbang dalam bentuk apa sahaja yang dikehendaki. Dialah yang menyusun tubuhmu. “
(Surah Al Infitar ayat 6 – 8)

1. Adapun orang-orang yang beriman mengatakan:-

Kamu adalah merupakan satu penciptaan Allah s.w.t, suatu tiupan suci dari sisi Allah s.w.t. Allah s.w.t menjadikan kamu dengan kekuasaanNya. Ditiup Nya ke dalam diri kamu dengan roh dari sisiNya. Dimuliakan kamu dari seluruh makhluk Nya yang lain. Seluruh malaikat telah sujud kepadamu. Allah s.w.t telah mengajar kepadamu segala sesuatu. Diletakkan di bahu kamu amanah, lantas kamu pikul. Dilimpahkan ke atas kamu nikmat-nikmat dari sisiNya baik yang zahir maupun batin. Dijadikan untuk kamu seluruh isi langit dan bumi. Dimuliakan kamu dengan setinggi-tinggi kemuliaan. Diciptakan kamu dengan sebaik-baik penciptaan. Dipersiapkan kamu dengan sesempurna persiapan. Diberikan kepadamu pendengaran, pengelihatan dan hati. Dijelaskan kepadamu dengan dua jalan (buruk dan baik) dan ditunjukkan kamu dua persimpangan. Dipermudahkan kepada kamu dalam membuat pilihan terhadap jalan-jalan tersebut. Dengan izinNya dan penciptaanNya, kamu dapat terapung di air dan terbang di udara bahkan dapat memecahkan atom-atom. Dengan fikiran dan kemampuan kamu, kamu dapat melampaui lapisan-lapisan awan dan langit (serta bumi).

Lantaran itu adakah lagi penciptaan dan kejadian yang lebih mulia, lebih suci dan lebih agung dari penciptaan Rabbani ini?.

Seterusnya hidup kamu yang singkat di dunia ini tidak akan berhenti setakat itu sahaja, kamu akan dihidupkan dan dibangkitkan kembali. Kamu akan dihimpunkan semula, kamu akan menempuh hidup baru dengan penuh kemuliaan di dalam satu negeri yang penuh dengan kenikmatan dan kebaikan, dengan syarat kamu mengerti rahsia kamu dijadikan dan seterusnya pula kamu beramal dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah s.w.t, Al Ma’bud, Al Khaliq. Firman Allah s.w.t:-

Terjemahannya:
“ Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk pengabdian kepadaKu. Aku tiak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan “
(Surah Az Dzariyat ayat 56 – 57)

Kematian yang dibimbangi dan ditakuti itu tidak lain melainkan hanyalah satu perpindahan daripada hidup di dunia ini kepada kehidupan yang satu lagi. Firman Allah s.w.t:-

Terjemahannya:
“ Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan mainan belaka. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnya kehidupan jika mereka mengetahui. “
(Surah Al Ankabuut ayat 64)

Jasad kamu tidak lain adalah seolah-olah satu sangkar dan jiwa kamu terkurung di dalamnya. Seolah-olah dalam satu pakaian terhadap jiwa kamu, sehingga sampai kepada satu ketika dimana kamu menemui kematian.

2. Sebaliknya orang-orang Materialis dan suka membantah akan berkata:

Kamu wahai manusia, hanyalah satu genggaman tanah, berasal dari setitik mani yang terperangkap di dalam rahim. Dengan masa, lama kelamaan kamu akan luput dan fana. Tidak ada apa-apa lagi selepas itu. Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang yang telah hancur luluh. Demikianlah kata orang yang terdahulu dari mereka. Firman Allah s.w.t:-

Terjemahannya:
“ Dan mereka berkata : Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja, kita mati dan kita hidup tiada yang dapat membinasakan kita melainkan masa dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga sahaja . “
(Surah Al Jathiyah ayat 24)

Orang-orang yang terkemudian dari mereka pula berkata ‘ Diri kamu hanyalah adunan unsur-unsur bumi dan kehidupan kamu adalah peredaran sistem-sistem fisiologi semata-mata. Segala sentimen, perasaan dan kewujudan, juga fikiran dan kudrat, bahkan keazaman dan kemahuan hanyalah kesan dari adunan unsur-unsur bumi dan natijah dari percampuran tanah dan air. Kehidupan itu hanyalah pusiangan hari-hari tertentu yang dapat kamu mengambil kesempatan untuk kamu berseronok-seronok dan berfoya-foya.

Sesungguhnya dunia ini adalah makan dan minum dan tidur. Bila ini semua luput maka selamat tinggallah dunia.

Wahai saudara, itulah permasalahan hidup yang sebenarnya jika kamu perhatikan dengan betul-betul. Jika kamu renungkan dengan betul-betul, kamu tidak akan tergolong ke dalam golongan orang-orang yang lalai dan leka dengan kewujudan mereka, yang tidak mengambil berat terhadap kewajipan insaniyah mereka. Kamu akan menjadi orang-orang yang sedar terhadap matlamat hidup kamu dan jalan mana yang kamu harus tempuhi.

Seperkara yang inginku nasihatkan kamu:-

Ambilah peluang untuk bersendirian seketika di waktu malam atau siang. Pergunakanlah ia untuk merenung dengan sedalam-dalamnya terhadap kehidupan individu dan jamaah. Apabila kamu telah mencapai hakikat pandangan yang pertama tadi, iaitu pandangan orang-orang yang beriman, kamu akan dapat menyedari dimanakah kamu yang sebenarnya. Sesungguhnya kamu akan dapat meningkatkan dirimu kepada matalamat sebenarnya, seterusnya kamu menuju Allah s.w.t Yang Maha Agung. Kamu akan mensucikan dirimu dengan mengingatiNya, mentaatiNya, muraqabah kepadaNya dan sentiasa takutkanNya. Sesiapa yang mengenali dirinya nescaya ia akan mengenali Tuhannya, Janganlah kamu merasa aneh jika terdapat orang yang memilih pandangan kedua, pandangan orang-orang yang sesat, kerana di sana ada dua jalan iaitu Jalan Fitnah atau jalan Hidayah. Firman Allah s.w.t:

Terjemahannya:
“ Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras disebabkan mereka selalu berbuat fasiq. Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang dilarang mereka dari mengerjakannya, Kami katakan kepadanya : Jadilah kamu kera yang hina “
(Surah Al ‘Araaf ayat 165 – 166)

Semoga Allah s.w.t menunjukkan kepada kita sebaik-baik jalan dan petunjuk yang lurus.
wasiat As-Syahid Imam Hassan al-Banna...
semoga dapat dimanfaatkan..
kecintaan dalam merahmati Cinta Ilahi..

Tuesday, July 6, 2010

Jiwa Keras Membeku Di Kala Iman Tidak Menentu…

Hati adalah sumber ilham dan inspirasi segala ketenangan, di situ tempat lahirnya ras cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber kehancuran jika kita gemar menodainya. Gelapnya hati berpunca daripada kekotoran hawa nafsu dan keinginan manusia mengikut amalan syaitan.

Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya". Bagaimanakah pula keadaan hati kita??? Adakah dalam hati kita ini masih mampu merasa rahmat Allah ataupun hanya mampu merasa keseronokkan dunia semata-mata…masih lagi suatu pencarian,,,

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:


1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kawniah

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)…

Bersediakah kita menilai sejauhmana rasa taqwa kita dengan perjalanan hidup yang begitu singkat ini untuk mengharapkan kasih Allah,,, jika dalam tempoh perjalanan yang singkat ini kita masih lagi dibuai dengan kemewahan dunia adakah kita mampu berasa yakin untuk mencapai RahmatNya…

Nilailah dimana kita,
Ke mana ingin kita pergi,
Kepada siapa kita kembali,

Peringatan bagi jiwa yang ingin melembutkan jiwanya selembut kasih ilahi….

Saturday, May 22, 2010

UJIAN SUATU RAHMAT PENGHAPUS DOSA SUATU PENILAIAN...

Jika kita renung semula segala yang berlaku di atas muka bumi,, didapati Allah telah menjadikan musibah itu sebagai tanda ganjaran kepada manusia untuk diangkat ke makam yang lebih tinggi,,, hal demikian sekaligus memberi ruang rahmat ketuhanan bagi Allah untuk menghapuskan dosa-dosa orang beriman dan juga asbab untuk mendapatkkan segala nikmat yang dijanjikan oleh Allah bagi menjadikan manusia sebagai hamba yang benar-benar mengEsakan-Nya.

Terdapat beberapa hadith Nabi yang menyeru umat Islam teguh dengan tali Allah walaupun berhadapan dengan musibah dan rintangan namun jika manusia berjaya menghadapinya kerana cintakan Allah dan rasul-Nya nescaya balasannya nanti di akhirat adalah ganjaran yang besar. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

" Semua yang menimpa orang Islam seperti keletihan, penyakit, kedukaan, kesedihan, kesakitan dan perkara yang tidak disukai, bahkan termasuk duri yang dipijaknya, melainkan sebagai gantinya Allah menghapuskan dosa-dosanya."
"Sesiapa yang dikehendaki Allah memperolehi kebaikan, mesti lebih dahulu mengalami musibah."

"Musibah-musibah yang berterusan menimpa orang miskin, sama ada menimpa dirinya atau anaknya atau hartanya, hinggalah pada akhirnya ketika ia bertemu dengan Allah tidak ada lagi dosanya.

Rasulullah SAW pernah ditanya: Siapakah orang yang paling hebat menerima musibah? Baginda menjawab: "Para Nabi, lalu orang-orang yang yang ketaatannya mendekati para Nabi dan demikianlah seterusnya. Ujian yang diterima seseorang sesuai dengantaraf keimanannya, jika imannya kuat, maka ujian yang diterimanya pula sukar, jika imannya lemah, maka ujian yang menimpanya sesuai dengan kelemahan imannya itu.

Ujian demi ujian terus akan menimpa diri orang yang beriman, hinggalah segala dosanya diampuni. Sebabnya walupun seseorang itu dianggap imannya teguh dan kukuh namun mereka juga tidak terlepas dari melakukan dosa-dosa kecil".

Orang-orang yang sabar dalam menerima musibah telah dijanjikan Allah SWT akan mendapat pahala yanng besar. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud,

" Dan sesungguhnya Kami pasti mencuba kamu dengan rasa takut, lapar, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan gembirakanlah orang-orang yang sabar, yakni orang yang jika mengalami musibah, mereka berkata, sesungguhnya kami milik Allah dan akan kembali kepadaNya. Mereka itulah orang-orang yang beroleh keberkatan dan rahmat Tuhan dan diberi petunjuk." (Al-Baqarah: 155-157)

Oleh itu, terdapat tiga gambaran berita gembira yang ditunjukkan Allah kepada orang-orang yang sabar iaitu:

• Beroleh ampunan dari Allah
• Beroleh rahmat dari Allah
• Dimasukkan Allah ke dalam golongan orang yang beroleh petunjuk (hidayah)

Namun kini, terdapat pelbagai keluhan dan jua rungutan terhadap musibah yang berlaku...namun pada masa yang sama tidak pernah terlintas pada fikiran manusia untuk renung sejenak tentang segala musibah yang berlaku... hal ini menunjukkan betapa lemahnya iman manusia dalam menkaji serta menilai setiap urusan mahupun aturan yang berlaku. Sememangnya manusia tidak pernah leka bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul...namun yang dikesali manusia sentiasa leka untuk kembali pada jalan Allah..

Mungkin inilah ujian yang diberikan oleh Allah iaitu hilangnya rasa Taat dan jua Kepatuhan dalam menghadapi aturan dan jua rencana hidup yang dirancang oleh manusia namun ianya ditentukan oleh Allah S.W.T..

Justeru itu,, bangunlah hidupkanlah jiwa yang penuh taqwa..rasa cinta yang penuh rasa kemanisan iman.. Di samping memohon doa mengharap keampunan Ilahi...
Semoga dimudahkan urusan di dunia mahupun akhirat..
Sesungguhnya daku memohan keampunan di atas segala salah dan silap...
Semoga Allah melimpahkan kefahaman bagi mereka yang menginginkan kefahaman.

Tuesday, May 4, 2010

MANUSIA DAN DUNIA ADAKAH ALPA ATAU TAQWA....

Hari demi hari masa berlalu dan pergi tanpa henti..manakala masa beredar seperti biasa seolah-olah tiada sekatan untuk menghalangnya untuk terus beredar..
namun peredaran masa ini hanya akan terhenti dikala tibanya saat kehancuran bumi ini yang semakin hari semakin tua dan akhir hancur musnah dimamah Qudrat Allah yang berkehendak diatas kehancurannya,,

Jika kita hayati fenomena yang berlaku kini,, ingatkah lagi kita tentang keadaan manusia pada masa kini yang sentiasa menyibukkan diri untuk mengejar status kemuliaan di dunia lebih berbanding di akhirat,,

Apakah ini tidak cukup untuk menjadi petanda untuk kita mereneungi dan menghayati semula apakah dengan mengejar status sementara di dunia ini mampu memenuhi fitrah manusia yang diciptakan hanyalah untuk beribadah kepada Allah dengan sebenar-benar taa’bud..

Masihkah kita ingat firman Allah yang mafhumnya :

“Hari (Akhirat adalah hari) yang tidak bermanfaat lagi harta mahu pun anak pinak. Kecuali seseorang yang datang kepada Allah dengan membawa hati yang sejahtera”

Berdasarkan ayat tersebut membuktikan bahawa harta kekayaan dan juga zuriat ini tidak akan memberi kesan yang positif kepada manusia jika manusia enggan membersihkan hati dalam menerima dan menguruskan harta dan anak-anak sebagai amanah yang menjadi ibadah dalam jika melaksanakannya dengan hati yang sejahtera..

Hal ini bermaksud jika manusia mengunakan harta dan juga zuriat yang diberikan ke jalan yang sewajarnya maka Allah akan memudahkan urusannya di akhirat kelak..
Namun realitinya kini, kegusaran hati manusia yang cenderung melakukan maksiat seringkali menimbulkan kekacauan dalam institusi dunia hari ini.. Dengan itu, dapat dilihat pelbagai jenis dan jua ragam manusia yang bernafsukan sifat amarahnya menyebabkan keadaan manusia di dorong serta dikuasai oleh Iblis laknatullah yang bertujuan untuk menyesatkan manusia..

Oleh itu, Hati yang sejahtera di dunia, akan menguruskan harta sebagai amanah Allah, lantas segala tuntutan dan tanggungjawab infaq ditunaikan. Hati yang sejahtera di dunia juga, akan menguruskan anak-anak sehingga terdidik dan membesar sebagai manusia soleh dan bertaqwa, memiliki hati-hati yang juga sejahtera kepada Allah.

Maka hati yang sejahtera di akhirat, adalah indikasi kepada nilai amalan seseorang. Hiduplah di dunia ini dengan hati yang sejahtera, dan temuilah Allah di alam mendatang juga dengan hati yang sejahtera, kerana di situlah letaknya kebahagian dan keselamatan yang kekal abadi.

Firman Allah yang maksudnya :

Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah. (Luqman :33)

Oleh itu, marilah kita bersama merenungkan gambaran taqwa yang diutarakan oleh Abdullah Bin Mas’ud :

TAQWA ITU TAAT TAPI TIDAK MAKSIAT...
TAQWA ITU INGAT TAPI TIDAK LUPA...
TAQWA ITU SYUKUR TAPI TIDAK KUFUR...

Nilailah di manakah kita sebenarnya... diharap segala perkongsian pandangan ini mampu menjernihkan minda disamping menimbulkan rasa ingin bangkit berjuang mengislah masyarakat disamping proses mengislahkan diri sendiri..

Akhir bicara..
Seronoklah dengan cabaran yang menimpa...
Tanda redha Islam sebagai Agama...
Penilaian terhadap ummah di Akhir Zaman..
Bersatu Atas Aqidah yang Satu...
Semoga Allah melimpahkan Rahmat-Nya bagi golongan yang mendambakannya..
ISTIQAMAH DALAM SETIAP AMAL PROSES IKHLAS DALAM FA'AL

Thursday, April 29, 2010

KEFAHAMAN KEUTAMAAN DALAM BIDANG PEMIKIRAN

1) Keutamaan Ilmu dari ‘amal
Dalil :
Firman Allah SWT Ertinya : “Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) dan KETAHUILAH bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).” ( Muhammad : 19)

Sabda Nabi SAW Ertinya : “Barangsiapa yang Allah SWT inginkan kebaikan bagi seseorang maka Allah akan memahamkan ia dalam bidang agamanya.”

Khalifah Umar bin Abd Aziz berkata Ertinya : Sesiapa yang beramal tanpa ilmu, maka kerosakan lebih banyak dihasilkan daripada kebaikan.

Para Ulama berkata : Menjadi pejuang Rabbani sebagaimana yang terdapat di dalam firman Allah dalam Al-Imran : 79 , adalah mereka yang mengajar manusia dengan mendahulukan ajaran isu-isu furu’ yang mudah sebelum memasuki bab usul yang sukar.

2) Keutamaan Faham dari hafalan.
Dalil
Ertinya : “..oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari & memahami secara mendalam ilmu agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).” ( At-Tawbat : 122)


3) Keutamaan Fahami Maqasid Dari Berpegang Kepada Zahir Nas Semata-mata.
Dalil :
Ertinya : Ya tuhan kami, sesungguhnya engkau tidak jadikan penciptaan ini dengan sia-sia (tanpa tujuan dan hikmah)..( Al-A;raf : 54 )
Berkata Dr Yusoff al-Qaradawi dalam komentarnya terhadap ayat di atas berkata : “ lalu kami mengatakan juga ; Wahai tuhan kami sesungguhnya tidaklah kamu menysyariatkan sesuatu hukum kecuali bersamanya hikmah”

4) Keutamaan Ijtihad Dari Hanya Bertaqlid.
Dalil :
Ertinya : “Dan janganlah kamu berpegang dengan sesuatu perkara yang kamu tidak punyai ilmu (dengan keyakinan ilmu) dengannya” ( al-Isra’ : 36 )

semoga kita dapat memahami keutamaan yang seharusnya kita kuasai agar dapat memberi manfaat untuk ummah..

ISTIQAMAH DALAM AMAL PROSES IKHLAS SETIAP FA'AL..

Sunday, April 11, 2010

PENCARIAN KERISAUAN JIWA DIKALA PEPERIKSAAN

jika dilihat dalam al-Quran surah al baqarah juzuk ke-2 yang dapat kita ambil intipatinya ialah :

“bahawa setiap sesuatu perkara yang buruk menimpa manusia bkn bertujuan ingin merendahkan darjat manusia tp untuk mengukur ketaqwaan dan keimanan manusia”

Jelaslah Allah S.W.T berfirman bahawa :

“ jika kamu menghadapi musibah @ masalah segeralah kembali kepada allah dan rasul”

Ayat tersebut secara zahirnya menunjukkan bahawa segala yang berlaku di dunia ini merupakan suatu ujian dan serta cabaran untuk menunjukkan perbandingan antara golongan yang beriman atau fasiq. Hal ini kerana beza diantara Fasiq dan iman ialah sebagaimana yang dapat dianalogikan golongan beriman apabila ditimpakan oleh Allah terhadap sesuatu musibah mereka akan mencari semula jawapan yang mereka kusutkan dengan mengembalikan diri mereka kepada petunjuk wahyu Allah dan RasulNya dan ini membezakan dengan yang fasiq kerana golongan ini hanya cuba mencari jawapan berdasarkan wahyu namun masih enggan beriman dengan wahyu tersebut..

Berdasarkan renungan ayat tersebut ingin diutarakan sedikit kekeliruan yang timbul yang menggangu pemikiran.. Adakah kita yang bergelar makhluk Allah di dunia ini sememangnya berjaya menghadapi cubaan mahupun rintangan yang disediakan untuk manusia yang bertujuan untuk memanusiakan diri sebagai manusia yang terbaik di sisi Allah ini mampu dipertanggungjawabkan oleh manusia...

Hal ini dilihat apabila manusia diberikan peperiksaan ataupun ujian di dunia terutamanya peperiksaan yang menyebabkan manusia tersebut mendapat kenikmatan di dunia hasil daripada peperiksaan yang dilalui. Maka mereka akan mencuba sedaya-upaya untuk mengejarnya sehingga terlupa peperiksaan yang sebenar di akhirat. Bukankah peperiksaan yang perlu diutamakan ialah peperiksaan yang kekal dan abadi..

Namun yang menjadi kekesalan di sini ialah kefahaman manusia kini tampaknya disistemkan dengan nilai-nilai keduniaan hasilnya menyebabkan tersebarnya generasi materialisma dan indiviualisma dalam organisasi sosial umat Islam.

Walaupun begitu, nilai kontradik yang berlaku ini sememangnya memberi impak positif juga kepada manusia kerana hasil didikan keduniaan ini mampu memberi pengertian bahawa dunia ini penting bagi manusia untuk menilai semula segala nikmat-nikmat ketuhanan yang dilimpahkan kepada manusia untuk mengajak dan mengasah minda manusia agar tidak pernah untuk tidak berfikir tentang nikmat penciptaNya..

Namun apa yang perlu difahami ialah peperiksaan di dunia ini ialah suatu yg tidak pernah kekal keputusannya tetapi yang kita perlu pastikan kejayaan yang sebenarnya ialah peperiksaan yang kekal dan tidak dapat diubah keputusannya iaitu di akhirat kelak..

peperiksaan di akhirat itu suatu penentuan kepada kita yang membezakan antara golongan yang kasihkan Rasul kerana kasihkan Allah ataupun menjadi golongan sebaliknya...

Sungguhpun begitu,, janganlah kita tinggalkan dunia ini semata-mata mengejar akhirat...

Hal ini kerana dunia ini ibarat ladang tanaman yg perlu dijaga dan pelihara dengan baik agar mendapat hasil yg baik di dunia dan akhirat nanti.

Walaupunbegitu, manusia perlu untuk menghadapi peperiksaan di dunia kerana inilah proses untuk mematangkan pemikiran manusia untuk mencari jalan keluar bagi segala kekusutan yang berlaku untuk kembali kepada pimpinan wahyu dan bukanlah tangisan, rayuan serta keluhan. Jika ini terjadi pada diri kita maka nilailah semula apakah niat kita ini sebenarnya bertepatan dengan kehendak wahyu itu sendiri..

Namun yang diperlukan kini bukanlah tangisan tetapi ialah bagaimanakah cara untuk kita membina suatu alternatif ataupun wasilah untuk kita wujud dan semaikan dalam diri dengan melatih diri untuk sentiasa tenang kembali kepada Allah dalam keadaan susah mahupun senang...

Ayuh,,marilah kita melatih diri kita untuk menghadapi peperiksaan ini dengan memperbetulkan niat kita iaitu segala ujian mahupun cabaran ini sememangnya dari Allah dan Allah jualah yang menetapkan keputusan bagi setiap ujian yang kita lalui dengan matlamat segala perbuatan mahupun lisan kita hanyalah untuk mencari keredhaan Allah. Namun janganlah bersedih jika digagalkan oleh Allah kerana Allah adalah sebaik-baik perancang...

Ingatlah kembali lembaran mukjizat iaitu ungkapan Al-Quran yang mafhumnya :

“Apabila kamu berazam(dengan persedian usaha yang penuh kesungguhan) maka bertawakallah kamu kepada Allah S.W.T”

mungkin hari ini kita gagal namun pastikanlah esok kejayaan yang pasti bakal kita miliki...

semoga nukilan ini mampu menyuntik semangat yang ingin disuntik..

semoga Allah memudahkan urusan kita dalam menghadapi peperiksaan di dunia dan akirat..

semoga dilimpahkan kefahaman bagi golongan yang mencari kefahaman..

nilailah jiwa rasailah keluhannya dan ubatilah kegusaran yang melanda...